August 21, 2009

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ya marhaban...

Posted by < de pages >

Kini Ramadhan datang lagi dan aku bersyukur kepada Nya kerana aku masih lagi bisa terus benafas dibumi yang serba sementara ini dan menemuinya lagi - bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harapan ku disamping menunaikan ibadah pusa dibulan ini aku akan bisa memperbaiki diri ku ini sebaik mungkin dengan melatih diri ku untuk menghindari sifat curiga dan sangsi ku terhadap insan yang aku sayang dan setiap insan yang ada disekeliling ku - keluraga ku, rakan-rakan ditempat kerja ku dan sahabat handai ku - dan disamping itu juga aku berharap akan bisa menguatkan dan menanamkan rasa sifat kesabaran dalam diri dan hati ku, malah akan aku latih diri ku untuk sentiasa ingat terhadap - Nya (Allah, tuhan yang maha esa) dan akan terus bertawakal kepada - Nya didalam apa jua situasi yang sedang aku hadapi sama ada yang baik, buruk, susah dan senang kerana semua ini adalah datang dari - Nya jua.

Aku sedar, sebagai manusia tak kan pernah lepas dari membuat dosa dan aku juga tahu tanpa aku sedari aku ada juga melakukan dosa yang banyak yang bagaikan pepasir dipantai, sedangkan tuhan maha pengasih lagi maha penyayang serta maha pengampun bagi mereka yang mahu menyedarinya dan yang diberikannya taufiq dan hidayat. Oleh kerana itu aku mahu tergolong didalam golongan orang - orang yang terampun dan dikurniakan taufiq dan hidayah serta ketenangan hati dan jiwa.

Aku akui yang aku juga telah lalai dan lupa terhadapnya selama ini. Setiap musibah yang berlaku, aku sentiasa menyalahkan sesiapa saja termasuk diri ku sendiri dan nasib diri ku, ada kalanya jua aku angkuh dengan kemampuan dan mertabat ku sendiri dengan memandang rendah terhadap mereka yang tidak kesampaian menjadi ketahap golongan orang- orang yang "educated" sehinggakan aku lupa bahawa ada lagi yang jauh lebih hebat martabat ilmiah nya dari diri ku.

Kini aku berasa malu dengan terhadap diri ku sendiri setelah menyedari semua ini dan aku berharap moga dengan adanya bulan yang penuh berkat ini aku akan mula membersihkan diri dan berubah menjadi manusia yang baru, penyabar dan tabah dengan segala dugan yang datang, menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kurnia dan rahmat yang telah diberikan terhadap ku, akan mula percaya kembali dengan setiap musibah itu ada pengajaran dan rahmat hidayah disebaliknya, jalan yang aku lalui akan diterangi kembali dengan cahaya nur kasih-Nya, terlindung dari sifat anyaya, kezaliman serta kedengikan insan lain terhadap ku serta jauh dari kesesatan jalan dalam hidup ku kini dan selamanya... - amin!

November 15, 2008

Thought of the day... (^_^)

Posted by < de pages >

Siang tadi aku lepak tempat biasa dipantai ini sendirian sambil menikmati suasana senja dan menyaksikan matahari terbenam untuk melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan ku. Semasa aku mengambil ‘shoot’ gambar ini aku tergamam seketika dan menyedari akan sesuatu, sesuatu yang tak akan bisa kita lari darinya..., sama seperti saat & waktu yang semakin senja dimamah usia, malah hari yang telah berlalu akan terus berlalu & tak akan kembali lagi dan hanya akan meninggalkan kenangan & pengalaman hidup ini baik suka duka pahit getir yang telah dilalui dan dirasai selama ini.

Aku sering kali mendengar kata – kata nasihat dari orang ‘veteran’ yang ada disekeliling ku.. "hidup ini tak akan selamanya menungkat langit, ajal maut & jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan.. jangan sesekali takbur dengan segala kesenangan, kemewahan, kelebihan, pangkat dan darjat kehidupan dan jangan pula juga kufur dengan kesusahan, kekurangan diri dan kerendahan darjat malah bersyukurlah dengan kesederhanaan hidup ini kerana semua ini adalah datang dariNya jua untuk menguji diri kita dan menerima apa yang berlaku terhadap diri kita ada rahmat dan hikmah disebaliknya."

Aku akui yang aku sering kali menyedari bahawa disetiap nafas yang ku hirup dan hembuskan ini telah membawakan aku sehingga keusia ini dan mahu tak mahu pasti suatu hari nanti aku akan merasai juga usia atau pun hidup yang semakin senja (walau pun diusia yang masih muda). Ada kalanya pula agak sukar bagi ku untuk menerimanya bilamana terlintas difikiran ku akan kehilangan orang - orang yang paling aku sayangi didalam hidup ku ini, yang pernah hidup bersama ku semenjak kaki ku masih merah lagi, disuatu hari nanti. Aku terasa seolah – olah tak akan bisa hidup tanpa mereka, terkapai-kapai dan lemas dalam dunia ku sendiri, tapi terdetik jua dihati ku andainya aku yang pergi dulu tak pula sanggup aku rasakan untuk meninggalkan mereka tanpa jagaan ku untuk memastikan makan minum, keselamatan & kesejahteraan mereka sentiasa terjamin dan sempurna. Namun begitu aku sentiasa berserah pada Tuhan setakat mana aku masih lagi bisa bertahan dan berdoa agar bisa diperkuatkan lagi semangat ku untuk terus hidup dan menghadapi semua liku – liku kehidupan ini yang penuh dengan tipu daya dunia dan kemunafiqan / kehipokritan manusia didalam mentadbir kehidupan mahupun suasana perkerjaan.

'Last but not the least' ada lagi suatu perkara yang aku sedari semasa dipantai tadi sebelum aku berangkat pulang kerumah, sesuatu yang kebiasaannya berlaku terhadap diri kita sama ada ataupun tanpa kita sedari iaitu bila kita sudah jatuh sakit barulah ingat akan Tuhan, baru lah ingat 5 perkara sebelum 5 perkara – hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit dan lapang sebelum sempit - semua ini semasa kita sihat ada kalanya kita ingat dan ada kalanya pula kita lupa tapi selalunya kita lupa akan Nya, percayalah... hehehe... (tepuk dada cermin diri, tanyalah iman... (^_^) ) - peace!