November 15, 2008

Thought of the day... (^_^)

Posted by < de pages >

Siang tadi aku lepak tempat biasa dipantai ini sendirian sambil menikmati suasana senja dan menyaksikan matahari terbenam untuk melapangkan fikiran dan menenangkan perasaan ku. Semasa aku mengambil ‘shoot’ gambar ini aku tergamam seketika dan menyedari akan sesuatu, sesuatu yang tak akan bisa kita lari darinya..., sama seperti saat & waktu yang semakin senja dimamah usia, malah hari yang telah berlalu akan terus berlalu & tak akan kembali lagi dan hanya akan meninggalkan kenangan & pengalaman hidup ini baik suka duka pahit getir yang telah dilalui dan dirasai selama ini.

Aku sering kali mendengar kata – kata nasihat dari orang ‘veteran’ yang ada disekeliling ku.. "hidup ini tak akan selamanya menungkat langit, ajal maut & jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan.. jangan sesekali takbur dengan segala kesenangan, kemewahan, kelebihan, pangkat dan darjat kehidupan dan jangan pula juga kufur dengan kesusahan, kekurangan diri dan kerendahan darjat malah bersyukurlah dengan kesederhanaan hidup ini kerana semua ini adalah datang dariNya jua untuk menguji diri kita dan menerima apa yang berlaku terhadap diri kita ada rahmat dan hikmah disebaliknya."

Aku akui yang aku sering kali menyedari bahawa disetiap nafas yang ku hirup dan hembuskan ini telah membawakan aku sehingga keusia ini dan mahu tak mahu pasti suatu hari nanti aku akan merasai juga usia atau pun hidup yang semakin senja (walau pun diusia yang masih muda). Ada kalanya pula agak sukar bagi ku untuk menerimanya bilamana terlintas difikiran ku akan kehilangan orang - orang yang paling aku sayangi didalam hidup ku ini, yang pernah hidup bersama ku semenjak kaki ku masih merah lagi, disuatu hari nanti. Aku terasa seolah – olah tak akan bisa hidup tanpa mereka, terkapai-kapai dan lemas dalam dunia ku sendiri, tapi terdetik jua dihati ku andainya aku yang pergi dulu tak pula sanggup aku rasakan untuk meninggalkan mereka tanpa jagaan ku untuk memastikan makan minum, keselamatan & kesejahteraan mereka sentiasa terjamin dan sempurna. Namun begitu aku sentiasa berserah pada Tuhan setakat mana aku masih lagi bisa bertahan dan berdoa agar bisa diperkuatkan lagi semangat ku untuk terus hidup dan menghadapi semua liku – liku kehidupan ini yang penuh dengan tipu daya dunia dan kemunafiqan / kehipokritan manusia didalam mentadbir kehidupan mahupun suasana perkerjaan.

'Last but not the least' ada lagi suatu perkara yang aku sedari semasa dipantai tadi sebelum aku berangkat pulang kerumah, sesuatu yang kebiasaannya berlaku terhadap diri kita sama ada ataupun tanpa kita sedari iaitu bila kita sudah jatuh sakit barulah ingat akan Tuhan, baru lah ingat 5 perkara sebelum 5 perkara – hidup sebelum mati, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, sihat sebelum sakit dan lapang sebelum sempit - semua ini semasa kita sihat ada kalanya kita ingat dan ada kalanya pula kita lupa tapi selalunya kita lupa akan Nya, percayalah... hehehe... (tepuk dada cermin diri, tanyalah iman... (^_^) ) - peace!