
Aku sedar, sebagai manusia tak kan pernah lepas dari membuat dosa dan aku juga tahu tanpa aku sedari aku ada juga melakukan dosa yang banyak yang bagaikan pepasir dipantai, sedangkan tuhan maha pengasih lagi maha penyayang serta maha pengampun bagi mereka yang mahu menyedarinya dan yang diberikannya taufiq dan hidayat. Oleh kerana itu aku mahu tergolong didalam golongan orang - orang yang terampun dan dikurniakan taufiq dan hidayah serta ketenangan hati dan jiwa.
Aku akui yang aku juga telah lalai dan lupa terhadapnya selama ini. Setiap musibah yang berlaku, aku sentiasa menyalahkan sesiapa saja termasuk diri ku sendiri dan nasib diri ku, ada kalanya jua aku angkuh dengan kemampuan dan mertabat ku sendiri dengan memandang rendah terhadap mereka yang tidak kesampaian menjadi ketahap golongan orang- orang yang "educated" sehinggakan aku lupa bahawa ada lagi yang jauh lebih hebat martabat ilmiah nya dari diri ku.
Kini aku berasa malu dengan terhadap diri ku sendiri setelah menyedari semua ini dan aku berharap moga dengan adanya bulan yang penuh berkat ini aku akan mula membersihkan diri dan berubah menjadi manusia yang baru, penyabar dan tabah dengan segala dugan yang datang, menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan kurnia dan rahmat yang telah diberikan terhadap ku, akan mula percaya kembali dengan setiap musibah itu ada pengajaran dan rahmat hidayah disebaliknya, jalan yang aku lalui akan diterangi kembali dengan cahaya nur kasih-Nya, terlindung dari sifat anyaya, kezaliman serta kedengikan insan lain terhadap ku serta jauh dari kesesatan jalan dalam hidup ku kini dan selamanya... - amin!