April 10, 2010

April, 9th 2010 Hari Juma'at....

Posted by < de pages >

April, 9th 2010 Hari juma'at adalah hari bersejarah buatnya *kekasih ku* dimana dia telah pun menjadi sebahagian dari saudara sesama islam dengan melafaskan kalimah sahadat itu. Aku pun juga turut merasa gembira seperti mereka iaitu kawan - kawannya walau pun tak tergambar riak dari bahasa badan dan air muka ku... Aku berjaya menyembunyikannya
dengan terus merakamkan detik2 bersejarah itu dengan kemera kesayangan ku itu kerana aku tau yang aku mudah mengalirkan airmata kegembiraan.

Aku tidak menafikan yang aku ada merasa sedikit 'cemburu' atau 'dengki' yg bersifat baik diatas rahmat yang begitu ketara sekali diterimanya dari yang Maha Esa malah paling tidak kurang pun dia semakin nampak disayangi dan dikelilingi oleh kawan - kawannya yang baik belaka... Aku meyakini itu adalah rezeki pertama yg diturunkan khas buatnya. Inilah yg membuatkan aku semakin sedar betapa jauhnya sudah aku tersasar dari landasan yang lurus yang pernah menerangi hati ku seketika dulu...


Aku tak ada kawan sepertinya dan kawan - kawan yang dimilikinya, terasa seolah aku bersendirian hidup didunia ku sendiri yang cuma bertemankan kawan 'pelastik' semata - mata.
Namun begitu aku tetap bersyukur kerana tuhan telah mempertemukan aku dengannya dan melahirkan rasa kasih dan sayang ku terhadapnya, paling tepat ku katakan perasaan
cinta terhadapnya yang tak bisa ku bayangkan sehandainya hidup ku tanpanya - nahuzubillah hi minzalik~~

Kini aku ingin memperbetulkan jalan hidup ku kembali agar tuhan tak memisahkannya dari ku kerana aku ada pernah mendengar kata - kata seperti ini... "wanita yang baik - baik itu adalah untuk lelaki yg baik - baik dan begitulah sebaliknya" oleh yang disebabkan itu lah doa ku tak pernah putus - putus agar tuhan kan sentiasa mendekatkan dan mengakrabkan jodoh kami berdua malah memberkati perhubungan kami ini - amin~~

Nur... *nama mu yg baru* ku harap kau tau yang aku amat mencintai mu, cinta yang mengatasi segalanya... walau ku tak bisa mengatakannya terhadapmu secara lisan... (--.)